Jom Jadi Geng

31 January 2013

Kurus dan Langsing Dengan L’Arome

Bagi Intan Sulyana Mohd Yusof, 34, dirinya bukanlah terlalu gemuk. Namun, kecantikan tidak dapat dipisahkan daripada hidupnya sama sepert wanita lain.

Walaupun berat badannya hanya 53 kilogram, dia tetap berhasrat untuk kelihatan langsing.

"Bukan apa, untuk suami juga, " katanya tersipu-sipu.

Dia sedar lemak pada bahagian perut dan lengan kian menebal. Intan tahu kalau dibiarkan, lemak yang tebal itu tidak mustahil akan bertambah dan sukar hilang.

Pelbagai cara yang Intan gunakan untuk langsing termasuk senaman tetapi bentuk badannya tidak berubah. Pun begitu, Intan takut untuk mengambil pil-pil pelangsing yang begitu banyak diiklankan. Dia sangat berhati-hati dalam hal ini. Walaupun dia mahu kelihatan cantik, dia tidak mahu mengambil risiko kerana harga kesihatan bukannya murah.

"Maksud saya, makan atau minum ubat-ubat yang kononnya boleh menguruskan badan, seperti banyak diiklankan, maaf, saya takkan lakukan," katanya tegas.

Melalui pembacaannya, kebanyakan doktor atau pakar kecantikan serta mereka yang pakar dalam bidang pemakanan mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pil pelangsing.

Intan cukup takut dengan kesan sampingannya walaupun sebenarnya dia mahu mengekalkan kecantikan anugerah Tuhan itu kepadanya. Setelah sekian lama mencari produk yang sesuai, akhirnya dia diperkenalkan dengan L’AROME Apple Stem Cell Slimming Serum, keluaran Bob2e.com yang berasaskan stem sel epal, tanpa ada sebarang campuran haiwan.

L’AROME bukan untuk diminum tetapi produk ini hanya untuk kegunaan luar. Itu yang membuatkan tertarik Intan untuk menggunakannya.

"Saya ikut aturan menggunakan produk ini. Ambil dua tiga titik ke atas telapak tangan, sapu pada bahagian perut beberapa minit.

"Lakukan dua kali sehari – selepas mandi pagi dan sebelum tidur. Boleh disapu pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan banyak lemak," jelas Intan lagi.

Menurutnya, sebaik habis menggunakannya, dia mengalami kejutan apabila berat badannya menurun lima kilogram, menjadi hanya 48 kilogram.

Intan terlalu gembira dengan apa yang dialaminya itu. Kemudian, dia memberitahu rakan-rakannya. Rakan-rakannya turut menggunakan produk L’AROME dan mendapat reaksi positif. Berat badan menurun akibat lemak pada tubuh badan hilang.

Lengan pula bertambah cekang kerana lemak yang selama ini tepu di bawah lapisan kulit cair menjadi peluh.

Kini Intan bukan setakat menjadi pengguna tetapi pengedar yang secara langsung dapat meningkatkan pendapatan keluarganya.

"Semua wanita yang menggunakan produk ini tidak berasa ragu kerana ia hanya untuk kegunaan luar dan tidak ada sebarang kesan sampingan," kata Intan lagi yang kini galak mempromosikan L’AROME Apple Stem Cell ke mana saja dia pergi.

Dia tidak takut atau merasa bersalah kerana produk ini seratus peratus halal kerana berasaskan stem sel epal yang digandingkan dengan tumbuhan lain.

Stem sel epal

Berbalik kepada stem sel epal ini, pengguna harus tahu bahawa stem sel epal ini bukan diperolehi daripada epal biasa seperto yang dijual di pasar raya. Ia diasaskan oleh Dr. Fred Zulli, saintis tersohor Barat menggunakan sejenis epal liar yang hanya terdapat di hutan Switzerland sahaja. Rasanya pahit dan tiada siapa yang mahu memakannya.

Dr. Fred Zulli melihat ada keganjilan pada epal liar ini kerana sekali pun terbiar di bawah pokoknya selepas luruh iaitu selama tiga bulan, ia tidak kecut atau rosak. Ia masih dalam keadaan segar kerana stem selnya yang unik dan dapat mengekalkan keadaan asalnya walaupun terbiar dalam tempoh yang lama. Setelah membuat uji kaji di makmal miliknya di Buch, 50 meter dari Zurich, terhasillah produk L’AROME.

"Kerana itulah saya dapat meyakinkan pengguna bahawa produk ini halal seratus peratus dan boleh digunakan tanpa was-was," ujar Intan.

Jadi, L’AROME ialah pilihan yang tepat untuk mereka yang mahu melangsingkan badan.

"Cukup-cukuplah makan pil kerana bahayanya pada kemudian hari amat terserlah. Kehadiran L’AROME Apple Stem Cell Slimming Serum sebenarnya menjadi penyelesaian gembira buat semua orang," tambah Intan.

Produk terlaris

Lain pula bagi Mazlinda. Dulu dia hanya berminat untuk menggunakan produk tetapi setelah melihat keberkesanan produk ini, dia mengambil keputusan menjadi stokis.

Dia sendiri tidak menyangka hasil jualan sangat lumayan. Promosi daripada mulut ke mulut dan iklan di surat khabar banyak membantunya. "Memang saya tak bermimipi mendapat keuntungan purata setiap bulan antara RM40,000 hingga RM60,000 sebulan. Saya berani kata jika anda di luar sana berhasrat untuk berniaga, L’AROME Apple Stem Cell Slimming Serum merupakan produk yang paling tepat. Apa yang lebih menarik lagi untung runcit 100 peratusditawarkan kepada stokis.

"Cepat, sementara belum ramai lagi stokis yang berdaftar. Bukankah ini yang kita cari-cari selama ini?," seloroh Mazlinda sambil tersenyum lebar.

Dipetik dari : www.utusan.com.my

Gubahan Bunga Penyeri Ruang

Bunga antara elemen yang penting bagi menyerikan sebuah ruang. Tidak kiralah sama ada ruang pejabat, rumah dan sebagainya, bunga yang digubah cantik mampu memberikan reaksi yang menggembirakan bagi mereka yang memandang.

Walaupun ramai menyukai gubahan bunga hidup kerana kecantikan bunganya yang asli, tidak kurang juga yang memilih gubahan bunga tiruan kerana lebih mudah dijaga dan tahan lama.

Gubahan bunga tiruan tidak memerlukan penggantian air, bunga tahan lama dan tidak layu serta warnanya tetap segar walau telah lama digunakan.

Kebiasaannya bagi gubahan bunga tiruan, bunga ros antara jenis bunga yang menjadi pilihan ramai kerana bentuk yang cantik serta warna-warna yang menarik seperti merah tua, merah terang, merah jambu, kuning dan putih.

Gubahan bunga ros yang menggunakan satu warna atau dicampurkan dengan dua atau tiga warna serta daun-daun hijau menyegarkan mata melihat.

Pemilik Floral Paradise, Yani Bachtiar berkata, daripada segi gubahan pula, terdapat beberapa jenis bentuk gubahan seperti Inggeris, Victoria dan Inggeris klasik.

“Kesemua gubahan ini menggunakan bunga ros cuma perbezaannya adalah daripada penggunaan bekas bunga.

“Bekas bunga untuk gubahan Inggeris klasik lebih nampak antik dan gaya Itali, manakala gubahan Inggeris dan Victoria menggunakan bekas seperti balang kaca atau bekas daripada ayan (timah) yang dihias cantik.

“Kebanyakan pelanggan saya memang menyukai bunga ros dan semasa menempah, saya akan bertanya di mana mereka hendak meletakkan gubahan tersebut sama ada di meja makan, meja kopi, atas pintu, berhadapan pintu masuk dan sebagainya.

“Saya juga akan bertanyakan warna langsir, sofa atau permaidani mereka. Bagi rumah yang besar, biasanya saya akan pergi sendiri ke rumah pelanggan supaya saya mendapat idea mengenai gubahan yang sesuai,’’ kata Yani yang pernah mendapat tempahan membuat gubahan bunga untuk Istana Kedah.

Tambah beliau, bagi rumah yang besar seperti banglo, perlu diletakkan sebuah gubahan bunga besar di atas meja bulat terletak berhadapan dengan pintu masuk.

Bagi ruang dalaman pula, jelasnya, mesti ada sekurang-kurangnya empat gubahan bunga seperti untuk ruang makan, meja konsol, meja bulat dan sudut.

Selain itu, Yani turut menyediakan gubahan bunga yang telah siap di kedai bagi memudahkan pelanggan yang mahu membeli untuk terus dibawa pulang atau dihadiahkan sempena hari jadi dan sebagainya.

Yani yang pernah menerbitkan buku gubahan bunga berjudul English Arrangement pada 2006 turut mengajar pembaca bagaimana cara menggubah bunga langkah demi langkah.

Gubahan bunga FLORAL PARADISE, LOT 1.91, TINGKAT BAWAH, PUSAT BELI-BELAH AMPANG PARK, JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR

Dipetik dari : www.utusan.com.my

24 January 2013

Koleksi Mewah Jimmy Choo

Siapakah yang paling popular dan sentiasa kelihatan melangkah ke majlis karpet merah bertaraf antarabangsa dengan memakai jenama kasut ini? Selebriti tempatan hingga antarabangsa seperti Teri Hatcher, Jennifer Lopez dan Jodie Foster, Penelope Cruz, Zhang Ziyi, antara selebriti yang gemar menyarung kasut ini.

Siapa lagi kalau bukan jenama Jimmy Choo yang menjadi kegilaan ramai penggemar kasut.

Jenama ini menghasilkan rekaan kasut yang chic, elegan, atau yang sofistikated tanpa mengorbankan kualiti dan keselesaan.

Jimmy Choo menyajikan aneka koleksi daripada kasut tumit tinggi, platform sehingga ke kasut but dengan warna dan perincian yang kelihatan mewah.

Begitu juga ada karakter tersendiri dan acuan trend tertentu yang dibanggakan oleh pereka seperti yang tergambar dalam koleksi tersebut.

Contohnya, kasut atau beg tangan bukan sekadar aksesori tetapi berperanan sebagai daya penarik dan syarat mutlak dalam setiap penampilan.

Apa yang pasti koleksi tersebut mempertontonkan keindahan kaki wanita.

Dipetik dari : www.utusan.com.my

17 January 2013

Koleksi Seimbang Maskulin, Feminin

Mencari  keseimbangan antara maskulin dan feminin bukanlah sesuatu yang mudah. Elemen ini dapat dilihat dalam koleksi musim bunga Charles & Keith 2014 yang menggabungkan elemen lelaki dan wanita kontemporari dalam potongan serta coraknya.

Keberanian ini diserlahkan lagi dalam koleksi ini yang disempurnakan dalam pakaian yang ringkas, namun mempunyai unsur dramatik. Ia disesuaikan dengan pelbagai unsur alam lain menggunakan warna-warna cerah dan warna tanah.

Koleksi ini juga disempurnakan dengan beg tangan tote dan kasut yang menarik.

Lambang kesempurnaan Charles & Keith diterjemahkan koleksi kasut Charles & Keith yang kebanyakkannya menggunakan warna hitam dan putih ditambah dengan warna perak berkilat.

Bagi menyerlahkan elemen kewanitaan, renda ditambah dan kilauan perak menjadikan kasut anda satu gaya yang tidak boleh dilupakan.

Boleh dikatakan koleksi kali ini sungguh semula jadi dengan stail yang dikatakan ringkas, namun dapat memberi sepenuh keyakinan kepada si pemakai.

Bukan sekadar itu, Charles & Keith turut menzahirkan beberapa aksesori pelbagai fungsi dalam warna yang berbeza seperti merah jambu, fuchsia, biru dan merah.

Ia umpama tarikan kepada si peminat koleksi ini yang nyata boleh digayakan oleh mereka yang mempunyai jiwa yang bebas dan sukakan sesuatu yang ringkas.

Untuk mendapatkan koleksi terbaru ini, bolehlah berkunjung ke butik Charles & Keith yang terdapat di seluruh Malaysia.

Dipetik dari : www.utusan.com.my

10 January 2013

Peluang Francais Butik Pakaian

Sopan dalam berfesyen seringkali dilihat sebagai membosankan dan tidak mengikut aliran terkini. Kini, berpakaian sopan tidak lagi hanya kerana landasan agama dan budaya sebaliknya turut menjurus ke arah profesionalisme dan gaya, meskipun melalui fasa perubahan arus moden.

Pada hakikatnya, gaya merupakan sesuatu yang peribadi dan lahir daripada keyakinan setiap individu.

Memenuhi aspirasi itu butik fesyen wanita, Zawara, yang popular dengan barisan busana wanita yang sopan, elegan, feminin dan trendy kini menawarkan program francais kepada usahawan tempatan.

Mirage Resources Sdn. Bhd. , syarikat pemilik butik fesyen wanita tersebut, membuka peluang kepada para usahawan menceburi bidang fesyen dengan menjadi francaisi bagi perniagaan berasaskan busana wanita yang sopan dan trendy.

Ketua Pegawai Operasi Zawara, Dilla Karim menyasarkan konsep perniagaan ini untuk membantu mereka yang berminat dan berkebolehan dalam bidang perniagaan, di samping mahu meramaikan lagi usahawan bumiputera yang berminat menceburi perniagaan francais.

"Kami merupakan butik fesyen Muslimah pertama di Malaysia yang menawarkan program francais. Kami akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada francaisi kami bagi memastikan kesempurnaan dalam operasi.

"Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyediakan bantuan kewangan sebagai dana permulaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi francaisi kami.

"Tahun ini, kami menyasarkan 15 francaisi akan membuka butik Zawara dengan modal serendah RM250,000,” katanya.

Dilla menambah, antara kelebihan yang ditawarkan kepada francaisi ialah yuran francais yang rendah.

Katanya, usahawan juga akan diberikan latihan selain pemantauan rapi dan tiada bayaran royalti bulanan seperti yang selalu dikenakan produk francais lain.

"Uniknya, kami menitikberatkan kesempurnaan dalam setiap rekaan dan pakaian yang dibeli oleh pelanggan.

"Kami menyediakan khidmat tukang jahit di setiap butik bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan pengolahan pakaian yang telah dibeli. Ia hanya mengambil masa 30 minit," katanya.

Kesemua rekaan dan pilihan fabrik adalah hasil perkongsian idea oleh pasukan pereka fesyen berbakat yang diterajui sendiri oleh Dilla.

Pakaian yang disediakan diolah mengikut trend semasa dan sentiasa dikomersialkan bagi memenuhi cita rasa penggemar.

Selain itu, pilihan rekaan adalah lebih kepada moden kontemporari bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Sehingga hari ini, menurut Dilla, pihaknya telah berjaya membuka lima buah butik di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Bangi dan Bandung, Indonesia.

Butik tersebut turut mengeluarkan koleksi pakaian santai, pejabat serta ke majlis rasmi.

Kebanyakan koleksi busana mengunakan kain yang berkualiti tinggi seperti sutera satin, sutera syifon, Hem Korea, kapas serta lycra yang memberikan keselesaan.

Bagi yang berminat menceburi bidang perniagaan francais boleh facebook ZawaraOnline.

Dipetik dari : www.utusan.com.my