Jom Jadi Geng

10 January 2013

Peluang Francais Butik Pakaian

Sopan dalam berfesyen seringkali dilihat sebagai membosankan dan tidak mengikut aliran terkini. Kini, berpakaian sopan tidak lagi hanya kerana landasan agama dan budaya sebaliknya turut menjurus ke arah profesionalisme dan gaya, meskipun melalui fasa perubahan arus moden.

Pada hakikatnya, gaya merupakan sesuatu yang peribadi dan lahir daripada keyakinan setiap individu.

Memenuhi aspirasi itu butik fesyen wanita, Zawara, yang popular dengan barisan busana wanita yang sopan, elegan, feminin dan trendy kini menawarkan program francais kepada usahawan tempatan.

Mirage Resources Sdn. Bhd. , syarikat pemilik butik fesyen wanita tersebut, membuka peluang kepada para usahawan menceburi bidang fesyen dengan menjadi francaisi bagi perniagaan berasaskan busana wanita yang sopan dan trendy.

Ketua Pegawai Operasi Zawara, Dilla Karim menyasarkan konsep perniagaan ini untuk membantu mereka yang berminat dan berkebolehan dalam bidang perniagaan, di samping mahu meramaikan lagi usahawan bumiputera yang berminat menceburi perniagaan francais.

"Kami merupakan butik fesyen Muslimah pertama di Malaysia yang menawarkan program francais. Kami akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada francaisi kami bagi memastikan kesempurnaan dalam operasi.

"Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyediakan bantuan kewangan sebagai dana permulaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi francaisi kami.

"Tahun ini, kami menyasarkan 15 francaisi akan membuka butik Zawara dengan modal serendah RM250,000,” katanya.

Dilla menambah, antara kelebihan yang ditawarkan kepada francaisi ialah yuran francais yang rendah.

Katanya, usahawan juga akan diberikan latihan selain pemantauan rapi dan tiada bayaran royalti bulanan seperti yang selalu dikenakan produk francais lain.

"Uniknya, kami menitikberatkan kesempurnaan dalam setiap rekaan dan pakaian yang dibeli oleh pelanggan.

"Kami menyediakan khidmat tukang jahit di setiap butik bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan pengolahan pakaian yang telah dibeli. Ia hanya mengambil masa 30 minit," katanya.

Kesemua rekaan dan pilihan fabrik adalah hasil perkongsian idea oleh pasukan pereka fesyen berbakat yang diterajui sendiri oleh Dilla.

Pakaian yang disediakan diolah mengikut trend semasa dan sentiasa dikomersialkan bagi memenuhi cita rasa penggemar.

Selain itu, pilihan rekaan adalah lebih kepada moden kontemporari bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Sehingga hari ini, menurut Dilla, pihaknya telah berjaya membuka lima buah butik di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Bangi dan Bandung, Indonesia.

Butik tersebut turut mengeluarkan koleksi pakaian santai, pejabat serta ke majlis rasmi.

Kebanyakan koleksi busana mengunakan kain yang berkualiti tinggi seperti sutera satin, sutera syifon, Hem Korea, kapas serta lycra yang memberikan keselesaan.

Bagi yang berminat menceburi bidang perniagaan francais boleh facebook ZawaraOnline.

Dipetik dari : www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment