Baju kebaya merupakan antara pakaian tradisi yang selalunya dikaitkan dengan masyarakat Melayu. Realitinya, pakaian yang diiktiraf sebagai antara warisan sejarah, turut diminati oleh kaum lain kerana keunikannya.
Itu yang diakui Sunshine Aileen Devi Eric, 25, juara Ratu Kebaya Malaysia 2014 yang mahu mengangkat dan mempromosikan kebaya peringkat lebih tinggi.
Mahu dipanggil Sunshine, dia berkata, kebaya adalah berkenaan budaya tradisi rakyat negara ini yang telah wujud sejak sekian lama.
âBaju kebaya telah wujud sekian lama dan menjadi sebahagian daripada bahan sejarah di negara ini. Ia dipakai oleh wanita sejak dari zaman P. Ramlee dan Saloma di mana wanita dengan pelbagai saiz badan dan ketinggian memakainya,â katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Malangnya kata gadis berambut lepas bahu ini, generasi sekarang sudah mula lupa akan pakaian tradisi tersebut.
âJadi, sebagai Ratu Kebaya Malaysia, saya boleh mewakili generasi muda khusus wanita untuk memulihara dan mengelakkan budaya kebaya daripada dilupakan.
âWanita yang memakai kebaya akan kelihatan lebih jelita, seksi dan elegan. Kebaya adalah fesyen yang sangat klasik dan moden,â jelas Sunshine.
Berketinggian 172 sentimeter, model dan pelakon komersial ini dinobatkan sebagai juara Ratu Kebaya 2014 setelah berjaya mengetepikan 18 peserta lain.
Dia yang berasal dari Ipoh, Perak, berdarah kacukan India dan Punjabi sebelah bapanya, manakala ibunya berketurunan British dan China-Mongolia.
Pemegang sijil Media Komunikasi dan Perhubungan Awam dari TARC, Wangsa Maju, Sunshine bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat tetapi juga seorang penyanyi.
Dalam bidang lakonan dia pernah berlakon dalam beberapa drama dan telemovie antaranya Akademi Polis, Demi Tuhanku Izinkan, Muat Tak Muat, Ukiran Hati, dan Rania Tip Tip.
Dia turut berlakon dalam filem Tamil, The Secret of Thadavapuram arahan Prakash dan Sir Maraz Ravi, serta filem Kaatu Rani arahan Sugumaran.
Menyentuh nama Sunshine pula, Ratu Cantik Kebaya itu berkata: âWajah ibu saya sering bercahaya dan suka tersenyum ketika mengandungkan saya, maka itu rakan-rakannya memanggil 'Sunshine' dan apabila melahirkan saya dia memberi saya nama itu.â
Mengenai penyertaan pada pertandingan Ratu Kebaya Malaysia, dia berkata, ia menjadi platform dan pengalaman untuk gadis-gadis yang ingin membina diri mereka supaya lebih yakin.
Sebagai Ratu Kebaya katanya, dia merancang untuk mempromosi pakaian kebaya sambil membantu industri pelancongan.
Sunshine memberitahu, memandangkan ia berkaitan dengan tradisi dan kebudayaan negara, ia mendapat sokongan daripada Tourisme Malaysia dan pertubuhan Ratu Kebaya dan setakat ini promosi telah dilakukan di Filipina.
âAdalah sesuatu yang baik sekiranya dapat diadakan lebih banyak pertunjukan fesyen dan acara-acara berkaitan pakaian di Malaysia di peringkat antarabangsa.
âDengan cara itu kita boleh mendedahkan identiti kita menerusi pemakaian seperti baju kebaya.
âKita mempunyai banyak pereka fesyen daripada Persatuan Pereka Fesyen Bumiputera. Rekaan mereka adalah hebat dan mampu didedahkan ke peringkat dunia,â ujarnya.
âDaripada pertandingan Ratu Kebaya itu juga, dia mempelajari banyak perkara baharu seperti catwalk dan bagaimana memakai kebaya dengan cara betul.
âKebaya direka sehingga membuat kita berjalan dan bergaya dengan cara yang sopan dan menarik. Bukan senang untuk berjalan dengan berpakaian kebaya. Jadi kena belajar dan saya gembira kerana berpeluang melakukannya.
âKami juga mempelajari bahasa Inggeris daripada pensyarah dan mereka mengajar kami cara bercakap di hadapan khalayak dan ilmu itu adalah terbaik untuk kami,â katanya
Ratu Kebaya Malaysia adalah pertandingan yang diasaskan oleh Jason Hee Jee Pin sejak tahun 2011. Tujuan utama pertandingan itu adalah untuk mengekalkan warisan dan budaya Malaysia dan yang paling penting dari aspek pelancongan di samping menggalakkan perhubungan harmoni dan silaturahim, menyemarakkan rasa kecintaan dan kegembiraan melalui aktiviti mengutip derma di Malaysia.
Dipetik dari : www.utusan.com.my
Showing posts with label Ratu Kebaya. Show all posts

30 January 2014
14 April 2011
RM5,000 Menanti Ratu Kebaya
Mingguan Malaysia melalui sisipan Pancaindera membuka peluang kepada semua wanita untuk merebut hadiah bernilai RM5,000 melalui pertandingan Ratu Kebaya yang diadakan sempena program Bengkel Cantik Sihat Pancaindera 2011 di seluruh negara.
Acara yang dianjur bersama produk jamu terkenal, Jamu Mak Dara ini dibuka kepada semua wanita berusia 18 tahun ke atas.
“Kita memberi peluang kepada semua wanita yang suka kepada motivasi ke arah hidup sihat dan bahagia menyertai program ini.
“Sebagai penganjur acara, sudah tentunya kami amat terharu dan berbangga kerana semenjak diadakan lebih empat tahun lalu, Bengkel Cantik Sihat Pancaindera terus mendapat sambutan yang memberangsangkan,” kata Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Bengkel Cantik Sihat Pancaindera telah dimulakan semenjak tahun 2007 dan ia telah disertai oleh lebih 10,000 wanita di seluruh negara semenjak diadakan.
Acara akan diisi dengan sesi motivasi kecantikan yang akan dikelolakan oleh pengasas Jamu Mak Dara, ibu Halimah Shuib sendiri.
Dalam sesi ini, peserta juga berpeluang menggali petua kebahagiaan rumah tangga bersama ibu Halimah termasuk langkah-langkah senaman yang betul khusus buat golongan wanita yang prihatin dengan penjagaan bentuk tubuh.
Tidak cuma Jamu Mak Dara, peserta juga akan didedahkan dengan tips kecantikan dan teknik solekan daripada produk kosmetik terkenal Forest’s Secret.
Antara pengisian di dalam slot bersama Forest’s Secret ialah teknik solekan ke pejabat dan majlis makan malam yang dikendali Ketua Pegawai Eksekutif jenama berkenaan, Intan Hyriatee Mohd Zawai.
Bagi memberi kelainan kepada acara, penganjur juga mempelawa peserta untuk menyertai pertandingan Ratu Kebaya yang turut diadakan bersempena bengkel tersebut.
Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini terbuka kepada seluruh wanita yang berminat tanpa mengira saiz badan.
Bukan hanya dibuka kepada wanita yang berbadan langsing, wanita yang bersaiz L atau XL dipelawa tanpa sebarang prejudis.
“Pemenang utama menerima wang tunai RM5,000, diberi peluang muncul dalam iklan Jamu Mak Dara, selain insentif melancong secara percuma dan layanan spa kelas pertama di salon kecantikan kami,” kata Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Gaddaffi Syed Ali.
Bakal diadakan di Hotel Hard Rock, Pulau Pinang pada 30 April 2011, juara peringkat saringan kedua ini berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500 serta hamper bernilai RM100 termasuk cenderahati eksklusif Mingguan Malaysia.
Naib johan pula akan menerima hadiah wang tunai RM300 manakala tempat ketiga berjumlah RM150 dan hamper.
Juara dari setiap negeri secara automatik layak ke peringkat akhir di Kuala Lumpur pada 3 Disember depan.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel dengan yuran penyertaan RM80 ini boleh menghubungi talian 019-2247191 (Kelly) dan 017-3448624 (Athirah) untuk pertanyaan lanjut.

09 March 2011
Pencarian Ratu Kebaya 2011 bermula
Akhir-akhir ini banyak pertandingan berkaitan dengan dunia kecantikan dianjurkan oleh pelbagai pihak. Bagaimanapun modus operandi penganjur pertandingan biasanya hanya mencari wanita yang langsing, bertubuh kecil molek dan semestinya yang cantik jelita.
Lalu, apa aktiviti yang boleh dilakukan oleh wanita yang mempunyai tubuh badan agak besar atau gemuk? Apakah mereka tidak boleh meraih peluang yang sama dengan wanita yang kekal langsing?
Justeru, akhbar Mingguan Malaysia melalui sisipan Pancaindera bersama dengan produk jamu nombor satu, Jamu Mak Dara akan menganjurkan Pencarian Ratu Kebaya 2011.
Pertandingan yang akan berlangsung di pusat membeli-belah Carrefour di seluruh negara ini akan membuka ruang kepada wanita yang mempunyai berat badan lebih 60 ke atas untuk menyertainya.
Menurut Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Gaddaffi Syed Ali Al-Habsyee, penganjur menyediakan dua kategori dalam pertandingan berkenaan iaitu untuk wanita dengan berat 59 kilogram ke bawah dan 60 kilogram ke atas.
"Tujuan kita membuka satu lagi kategori ialah untuk memberi peluang kepada wanita bertubuh besar untuk turut rasa dihargai. Oleh kerana pengguna produk kami terdiri daripada pelbagai kelompok masyarakat, wanita bertubuh badan besar melebihi 60 kilogram juga dialu-alukan untuk bersama-sama dalam pencarian ini.
Pemenang pertandingan akan berpeluang untuk muncul di dalam iklan promosi Jamu Mak Dara, selain hadiah wang tunai RM5,000 menanti pemenang utama.
Untuk permulaan, pertandingan Ratu Kebaya 2011 akan berlangsung di Carrefour Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, pada 6 Mac ini.
Bermula jam 10 pagi untuk urusan pendaftaran, juara kedua-dua kategori akan diumumkan sebagai Ratu Kebaya Shah Alam dan berpeluang untuk mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 4 Disember di Kuala Lumpur secara gilang-gemilang.
Di Carrefour Seksyen 23, Shah Alam, penyanyi Heliza Helmi akan menyerikan pertandingan sebagai juri bersama pengasas Jamu Mak Dara, ibu Halimah Shuib dan Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin. Pertandingan terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Untuk menyertai, peserta perlu mendaftar sebanyak RM50 dan setiap penyertaan akan diberikan produk jamu Mak Dara dan hadiah iringan.
Pertandingan akan membuka laluan kepada peserta yang hadir lengkap berpakaian kebaya dan berhias menarik. Tak cukup dengan itu, bagi peserta yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, lakonan atau peragaan, ini merupakan satu tiket emas buat mereka untuk mara ke peringkat akhir.
Ia sekali gus memberi ruang untuk peserta mencuba nasib dalam mana-mana bidang yang diminati sekiranya berjaya meraih gelaran Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara 2011.
Johan pertandingan Ratu Kebaya peringkat saringan pertama ini akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500 dan hamper Carrefour bernilai RM100, selain cenderahati eksklusif Mingguan Malaysia.
Naib johan akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300 manakala tempat ketiga berjumlah RM150 termasuk hamper. Hadiah grand final yang bakal menjadi rebutan peserta di peringkat akhir berupa wang tunai berjumlah RM5,000, hamper tajaan Carrefour serta pakej pelancongan ke Bali, Indonesia selama tiga hari dua malam.
Selepas Shah Alam, pencarian finalis akan diteruskan pula di Kuala Terengganu, Terengganu (2 April), Pulau Pinang (30 April), Port Dickson (28 Mei), Johor Bharu (25 Jun), Kuantan (1 Oktober) serta Melaka (19 November).
Hubungi talian 019-2247191 untuk urusan pendaftaran awal.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)