Jom Jadi Geng

24 January 2013

Koleksi Mewah Jimmy Choo

Siapakah yang paling popular dan sentiasa kelihatan melangkah ke majlis karpet merah bertaraf antarabangsa dengan memakai jenama kasut ini? Selebriti tempatan hingga antarabangsa seperti Teri Hatcher, Jennifer Lopez dan Jodie Foster, Penelope Cruz, Zhang Ziyi, antara selebriti yang gemar menyarung kasut ini.

Siapa lagi kalau bukan jenama Jimmy Choo yang menjadi kegilaan ramai penggemar kasut.

Jenama ini menghasilkan rekaan kasut yang chic, elegan, atau yang sofistikated tanpa mengorbankan kualiti dan keselesaan.

Jimmy Choo menyajikan aneka koleksi daripada kasut tumit tinggi, platform sehingga ke kasut but dengan warna dan perincian yang kelihatan mewah.

Begitu juga ada karakter tersendiri dan acuan trend tertentu yang dibanggakan oleh pereka seperti yang tergambar dalam koleksi tersebut.

Contohnya, kasut atau beg tangan bukan sekadar aksesori tetapi berperanan sebagai daya penarik dan syarat mutlak dalam setiap penampilan.

Apa yang pasti koleksi tersebut mempertontonkan keindahan kaki wanita.

Dipetik dari : www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment